Salam buat semua umat Islam,
Opah percaya ramai antara anak cucu opah ada menerima sms untuk mendoakan rakyat palestin. Alhamdulilah ada jugalah opah forwardkan untuk anak cucu mana yang sempat. Kita nak tengok berita pun dah mangli macam dah tak ada harga nyawa orang Islam di sana. Kita di sini masih boleh bersantai-santai, beribadah dengan selesa mereka di sana berperang untuk mempertahankan nyawa. Untuk nyawa saja belum sempat mereka fikirkan bumi mereka.
Seluruh dunia umat Islam pasti bersimpati tetapi tidak 100% bagi orang Arab sendiri. Mereka masih sanggup menutup sempadan mendiamkan diri, mempunyai agenda sendiri, menyekat keperluan kepentingan rakyat di sana.
Kita doakan sesuatu dari Allah untuk mengajar Israel Laknatullah itu juga kesedaran dan perubahan pada negara-negara Arab yang tidak dapat bersatu lagi dalam menangani hal ini.
Mudah2an Allah ubat hati perut mereka tu semua, jangan dok jaga kepentingan diri sendiri saja
terutama sekali Mesir yang menutup sempadannya dengan Palestin.
SMS yang opah terima.. pemimpin Hizbullah Lebanon Sye Hassan Nasrallah meminta seluruh umat Islamuntuk melafazkan Quran Surah Fath ayat 26-27 Surah Yunus ayat 85,86 dan 88, sebarkan agar Israel hancur -fwdkan
1 comment:
salam Opah,
Ya, Opah. Hanya dengan doa dan air mata yang mampu kita hadiahkan untuk rakyat palestin.
Kemarahan kalau diluahkan pun tidak akan membawa ke mana. Kita terpaksa berserah kepada Yang Maha Kuasa. Apakah daya kita yang jauh dan tanpa kekuatan.
Saudara sebangsa dan seagama mereka iaitu pemimpin arab pun tidak mempedulikan mereka disembelih. Sumuanya sudah jadi hamba dan tali barut yahudi dan amerika laknat itu.
Post a Comment