Followers

Wednesday, January 7, 2009

BERMASAALAH DI PRA ATAU TINGKATAN 1


Salam untuk semua terutama anakanda yang anaknya baru melangkah ke pra, tahun 1, tingkatan 1 atau tingkatan 4. Adakah anda salah seorang dari mereka yang masih berada di sekolah sehingga hari ini untuk menunggu buah hati yang masih belum bersedia itu?

Kalau anda masih menunggu di sekolah hingga 10 hari atau lebih, firasat opah anak anda sedang mengajar anda bukan anda yang mengajar dia. Tinggalkan dia dengan rasa kasih sayang pada gurunya yang pada masa yang sama adalah ibunya atau bapa. Tidak ada seorang guru pun dalam dunia ini(kecuali ada kes terpencil) yang ada niat buruk pada muridnya. Pada guru yang baru posting baru jumpa anak-anak sabarlah , kita telah pilih kerjaya ini teruskan dengan pelbagai teori yang andaDdah pelajari. Bagi si kecil sentuhan anda padanya sangat mujarab untuk menenangkan hati. Ada juga yang makin agresif bila disentuh, mainan, aktiviti pelbagai,pujukan dan kawan rapat dekat rumah mungkin dapat membantu. Rujuk kesukaannya pada waris.

Ini bagi pra atau tahun 1 bagaimana pulak dengan Tingkatan Satu di Sek. Menengah. Ada teman terpaksa menukar anaknya ke 3 buah sekolah dari Januari ke Mac. Dari sekolah tawaran asrama harian duduk di asrama(Sek 1), tukar ke sek men. agama pilihan juga tapi berulang(sek 2), dari sek. men. agama ke sek biasa(sek.3). Kekal di sek ini berulang dari rumahnya jalan kaki saja.

Adakah anak ini sama nak kita kategorikan dengan anak di pra yang masih menangis? Bila sampai usia ini kadang-kadang ibu bapa kena ikut rentak cita-cita atau pilihan mereka sendiri berbeza dengan si kecil tadi. Kedua ibu bapa ini inginkan anak ini mendapat didikan agama dari SMKA bukan nak paksa jadi siapa2 tapi anak ini ada agenda sendiri.Akhirnya mereka mengalah dan sentiasa mendoakan anak ini akan mendapat hidayah dan rahmat Allah walau pun tidak di SMKA.

Anak ini akhirnya berjaya melepasi PMR dengan cemerlang dapat pulak tawaran ke Asrama Penuh bidang Mek Engin. Sekali lagi dia menolak. Kali ini kedua ibu bapa tidak lagi membantah.
Akhirnya dia berjaya ke Universiti dalam jurusan yang dia minati- Vaterinar dan Pertanian.

5 comments:

cerana said...

salam....apa khabr opah..?

Unknown said...

Salam Opah,

Betul tu, jangan biarkan anak mengajar kita!

Pada mulanya bila anak kedua saya ke MRSM saya ragu, adakah dia boleh berdikari? Kerana semasa di rumah segala perkara bergantung pada orang. Mamanya atau orang gaji. Urusan di luar pula bergantung kepada Papa.

Tapi alhamdulillah bila dia di luar keluarga, dia boleh berdikari walau pun pada mulanya dia banyak complain.

Sis Lin said...

lin pun ada ank tgkatan 1 thn nih opah...hati mmg risau fikir keselamatan dn kehormatan nye...ank pompuan tu,dh dara dh...yg sulung pun pompuan juga,tgkatn 3,tgk keadaan sosial skrg mmg was-was kn..harap2 semuanye ok je...dokn lah ye opah...

Opah said...

Salam untuk Sir Nik opah baik je.

Opah said...

Salam buat En. Mountdweller dan Lin,

Insya.... kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita terutama bila mereka dah dewasa dan ada kerjaya sendiri. Mudah-mudahan mereka selamat walaupun jauh dari mata kita.